Saturday, December 31, 2011

Sayonara 2011,, Ahlan wa sahlan 2012


Alhamdulillah..pejam celik dah nak masuk tahun baru dah kan..rasa sekejab masa berlalu..tapi begitu lah hidup kita, semuanya harus berlalu pergi..tak akan ada yang boleh kembalikan masa lalu..hanya kenangan saja yang dapat dijadikan ingatan.. J

Tahun 2012…kita belum tahu apa yang akan jadi pada hidup kita sama ada perjalanan hidup kita yang gembira atau perjalanan hidup yang sedih..sememangnya kita tidak boleh melawan takdir yang ditetapkan oleh Allah swt tapi kita mampu berdoa agar hidup kita diredhai oleh-Nya..

Sebenarnya aku sangat takut menghadapi masa depan..aku tak tahu apa yang akan terjadi dalam hidup aku pada masa akan datang..kita tak dapat menduga dan bila2 masa saja ajal kita akan sampai..aku bimbang amalan aku hidup di dunia ini tidak cukup untuk dibawa ke akhirat kelak..dan kalau boleh aku nak hentikan seketika waktu ini sebab aku tahu pada waktu ini hidup aku sudah cukup bahagia..aku ada mak, abah, adik-beradik dan kawan2 dan si dia  yang sangat aku sayangi..dan aku juga hampir mencapai matlamat menjadi seorang pendidik..aku tak mahu semua itu hilang dan pergi pada masa akan datang sebab aku tak sanggup……aku tak sanggup menatap orang yang aku sayangi pergi meninggalkan aku… sebab aku sayang sangat2 pada mereka.. Ya Allah..kau bantulah hambaMu ini….kuatkanlah imanku ya Allah..bantulah aku menghadapi ujianMu dengan redha..amin..



DOA TAHUN BARU



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa Awal Tahun:





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini"

Monday, October 24, 2011

AkU pErLuKaN KaSiH sAyAnG iTu

Kasih sayang Allah swt…



Aku akui hidup manusia tidaklah selalu sempurna..kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Aku tahu itu semua ujian dari Allah swt..Allah mahu kita selalu mengingati-Nya dalam setiap keadaan sama ada suka atau duka..tapi apa yang aku lihat hari ini..bila kita bahagia dengan apa yang kita ada, kita mula lupakan-Nya. Sama ada kita sedar atau tidak sedar, kita mula tidak memikirkan soal wajib dan soal halal haram. Tidak salah jika aku menyatakan umat pada hari ini makin jauh tersasar dari suruhan Allah swt dan ajaran Nabi Muhammad saw..kita tidak terfikir bahawa tindak-tanduk kita pada hari ini semakin menyesatkan sama ada dari segi pergaulan, dari segi pakaian dan dari segi perbuatan..jika dilihat pada hari ini, pergaulan antara kaum hawa dan kaum adam makin memesongkan..kaum hawa tiada lagi sifat malu dan kaum adam mula mengejar nafsu..dari segi pakaian pula, aurat itu semakin dimain-mainkan oleh kaum hawa ..tidakkah kita sedar bahawa fesyen pada hari ini semakin menyesatkan.?? niat bertudung itu memanglah wajib bagi Islam tapi bertudung biarlah dengan cara yang betul dan janganlah bertudung itu semata-mata ingin mengikut peredaran zaman dan berfesyen.

Sebenarnya, kita sudah semakin jauh dengan kasih sayang Allah swt..sebab itu kita langsung tidak terdetik untuk berubah ke arah kebaikan..kita semakin mengagung-agungkan kehidupan yang tidak mengikut syariat Islam, kita semakin lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Tidak terfikirkah kita bahawa Allah sengaja mahu menguji hambanya?? Allah sengaja membiarkan kita hidup dengan rentak hidup kita masing-masing sama ada kita mahu mengikut suruhan-Nya atau tidak..dan apa yang perlu diingatkan ialah jangan biarkan syaitan menguasai kehidupan kita pada hari ini kerana kita sendiri tahu bahawa syaitan laknatullah itu telah berjanji mahu menyesatkan anak-anak adam. Apa yang berlaku pada hari ini ialah penyesatan yang berjaya dilakukan oleh syaitan dan sekutunya.

Beringatlah bahawa hidup kita tidak kekal abadi..kita tetap akan berhadapan dengan-Nya suatu hari nanti. Anggaplah dunia ini hanyalah pentas lakonan kita..kita yang memegang watak sama ada baik atau jahat. Sudah sampai masanya nanti, kita juga akan dikritik oleh Allah dan malaikat. Janganlah terlalu angkuh dengan apa yang kita ada kerana semuanya adalah milik Allah swt.


Kasih sayang ibu bapa..



Anak merupakan anugerah yang paling berharga dari Allah swt kepada ibu bapa. Setiap pasangan yang berkahwin pasti menantikan saat menimbang cahaya mata bagi mengukuhkan masjid yang dibina..dibelai, diasuh, dididik untuk menjadi manusia yang sempurna..tetapi pada hari ini, kita semakin hilang dengan kaharmonian yang ingin dibina itu..berita-berita pada hari ini banyak mengisahkan anak derhaka, ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua-tua dan yang terbaru, anak membunuh ibu bapanya sendiri. kenapa perkara sebegini berlaku pada hari ini.??? salahkah ibu bapa kita mengajar kita selama ini.??

Kandungkan kita selama 9 bulan bukanlah sesuatu yang mudah..semua ibu yang mengandung itu pasti menginginkan anak yang dikandung itu seorang yang sempurna..tiada ibu yang mahu anak yang dikandung itu menjadi seorang anak yang derhaka dan seorang pembunuh. Apa yang dilihat pada hari ini, anak-anak mula mengabaikan ibu bapa masing-masing..apabila mereka berkahwin, mereka lebih mengutamakan pasangan masing-masing dan ibu bapa mereka semakin jauh ditinggalkan..pastinya jauh di sudut hati ibu bapanya tersimpan  seribu luka kerana anak yang ditantang bagai minyak yang penuh tidak lagi mengambil berat tentang diri mereka. Memanglah ibu bapa kita tidak merungut dengan apa yang kita lakukan tetapi sebagai anak, kita mesti sedar tanpa mereka kita pasti tiada di dunia pada hari ini.

Perolehlah kasih sayang mereka dengan selalu mendokan kesejahteraan mereka dan selalulah mengambil berat dan bertanyakan khabar..jangan sampai kita kehilangan mereka baru kita menyesal kerana tidak membalas kembali kasih sayang yang mereka curahkan pada kita sejak kecil. Kita mungkin menganggap dengan memberi wang itu dapat membahagiakan mereka tetapi kita tidak tahu sama ada mereka bahagia atau tidak dengan cara itu. Mungkin mereka menginginkan perhatian dari anak-anak di usia senja mereka. Selagi mereka hidup, balaslah jasa mereka dengan sedaya upaya..kelak bila mereka pergi, tiada lagi yang dapat ditatap selain dari pusara mereka.


Kasih sayang seorang hamba Allah swt…



Kita selalu terfikir di manakah jodoh yang ditetapkan Allah kepada kita dan kita tercari-cari jodoh itu sehingga kita tersalah pilih. Sememangnya Allah swt telah menetapkan jodoh hamba-hambanya dan Allah juga sengaja membiarkan kita berikhtiar dalam mencari pasangan hidup. Tanamkan dalam hati bahawa setiap manusia ada jodohnya dan kita tidak pelu mengejar cinta itu kerana ia mungkin menyesatkan kita. Jika dilihat pada zaman ini, b’couple sudah menjadi budaya masyarakat hari ini. Tidak salah dalam berkasih-sayang tapi biarlah berpada-pada.

Apabila kita berkawan dengan seseorang, jangan sesekali membelakangi Allah swt kerana jika Allah tidak redha maka hubungan itu pasti tidak akan kekal lama. Jangan terlalu membiarkan nafsu menguasai sesuatu perhubungan kerana syaitan itu selalu ada untuk menyesatkan kita. Sebaik-baiknya, berkawanlah dengan cara yang betul dan selalu berdoa kita dapat bertemu jodoh yang betul.

Oleh itu, kita tidak patut memberi harapan kepada orang yang belum tentu jodoh kita. Jika kita sukakan seseorang, mulalah dengan solat istiqarah dan seterusnya berdoalah supaya dapat dijodohkan dengannya. Tiba waktunya nanti, lamarlah dia menjadi pasangan hidupmu. Tidak perlulah berkawan terlalu intim kerana ia boleh membawa kepada zina. Sesungguhnya cinta itu akan tetap pergi meninggalkan kita.

Sunday, September 11, 2011

buAt jOdOhkU ^_^



Ke hadapan jodohku yang dikasihi..
Aku mungkin lagi tercari2 siapa kamu , di mana kamu dan bagaimana keadaan kamu  sekarang..
Tetapi aku dapat merasakan yang kamu ialah seorang hamba Allah yang beriman, selalu bersujud menyembah Allah dan kamu sangat bersyukur atas kurniaan-Nya..
Aku tidak berharap rupa kamu yang kacak tetapi aku sangat berharap rupa kamu itu selalu dibersihkan dengan wuduk..
Aku juga tidak berharap kamu seorang yang kaya tetapi aku sangat berharap kamu kaya dari segi akhlak dan kasih sayang..
Sesungguhnya aku tahu rupa dan harta itu hanyalah sementara ketika hidup di dunia..

Jodohku yang selalu diredhai,
Aku akui yang aku tidaklah sebaik isteri2 Nabi dan mungkin begitu banyak kekurangan yang ada dalam diri aku..
Sebab itulah aku ingin kamu bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah..
Menjadi isteri yang soleh dan menjadi ibu yang baik untuk anak2 kita nanti..
Aku tidak mahu menjadi isteri yang derhaka kepada suami dan aku juga tidak mahu menjadi seorang ibu yang zalim kepada anak2..

Jodohku yang selalu dicintai,
Ketahuilah bahawa aku selalu mengimpikan sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang..
Aku juga mengimpikan kamu selalu meluangkan masa bersama aku dan anak2..
Mendidik aku dan anak2 menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..
Sesungguhnya aku tidak mahu kamu terlalu sibuk mengejar harta duniawi..

Jodohku yang selalu disayangi,
Tiada manusia yang dapat lari dari kesilapan dan semua manusia mempunyai kekurangan tersendiri..
InsyaAllah jika benar kamu jodoh aku, aku akan bersedia memaafkan kesilapan dan menerima segala kekurangan kamu..
Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan aku percaya Allah juga sentiasa memaafkan hamba-Nya..

Akhir sekali buat jodohku,
Aku sangat berharap kamu dapat menggalas tanggungjawab sesudah kamu melamarku kelak..
Jadilah seorang suami yang dapat melindungi isteri dan jadilah wira kepada anak2..
Sesungguhnya aku takut menghadapi semuanya seorang diri kelak..

Ikhlas dari,
Munirah bt Abu Bakar

Sunday, September 4, 2011

Alasan yang sering digunakan untuk putuskan hubungan????

saya perlu tumpukan pelajaran dahulu..
Kalau bagi alasan camni sah seorang yang masih lagi study..dah selalu aku dengar la alasan ni…bila tanya ja kawan2 yang putus cintan time sekolah dulu ni la alasan dia..nak tumpu study la sangat tapi dulu time syok kat budak tu kau xpikir lak nak study..memang la bagus kalau kau dah sedar yang kau tu dah ketinggalan dalam pelajaran..tapi jangan la sampai kau guna alasan tu sebab kau dah ada orang len..tak ke bodoh namanya..kalau budak tu terima alasan kau tu kira bagus la sebab dia nak bagi kau pandai..bila exam dapat result gempak..tapi yang aku paling sakit ati!! Awat la hang couple dengan orang lain bila budak tu dah berkorban untuk tinggalkan hang! (tudiaa..kedah mariii)..kalau kau rasa sejak kau couple tu kau susah nak study (ya la dh sambil study kau main mesej lepas tu nak study sama2 n berdua2..boleh paham ke???) kau cakap la kat budak tu yang kau tak boleh nak tumpu pada pelajaran..sure dia paham..silap2 budak tu yang bagi ruang untuk kau tinggalkan dia..kalau dia tak paham2 jugak kau buat bodoh ja kat budak tu..pikir pelajaran kau lagi bagus kan..
saya nak bantu family saya dulu..
alasan yang selalu digunakan oleh orang yang ada matlamat hidup la kononnya..aku tak kata la alasan ni kejam tapi guna la alasan yang logik sikit..kalau kau tu anak sulong dalam family memang aku caya la kau nak bantu parent  dengan adik2 kau tapi kalau kau tu anak bongsu lepas tu dari family senang, logik ke??? silap2 parent kau yang bantu kau..bila kau couple lepas tu kau guna alasan ni untuk tinggalkan budak tu..tak kesian ke kau dah hancurkan hati dia..kalau budak tu boleh terima alasan kau tu memang aku respect kat budak yang kau tinggal tu..sekurang2nya dia paham kau dan dia bagi ruang untuk kau bantu family kau dulu..tapi aku paling benci kalau kau gunakan alasan nak bantu family  kau tu semata2 kau nak cari orang lain..kau tinggalkan budak tu lepas tu kau couple pulak dengan orang lain..tak ke bangang namanya! tak payah la kau nak bagi alasan yang berbunga2 ni kalau kau dah tak suka budak tu..kau terus terang ja kau dah tak suka budak tu daripada kau bagi alasan macam tu lepas tu selang dua tiga bulan kau couple dengan orang lain pulak..lagi la menyakitkan hati..!
family saya tak boleh terima hubungan kita..
wahhh..dasyatnya bila family kau masuk campur pasal hubungan kau..tapi diorang kenal ke budak yang kau kawan tu??? kalau tak kenal dan tak pernah jumpa..sah la kau ni penipu! bukan aku nak kata la kalau hubungan ni dah ada sangkut-paut dengan family memang kau kena berdoa la moga2 family dia boleh terima kau..tapi kalau tak..memang susah nak cakap la..kalau kau sayang nak tinggal budak tu jawabnya kahwin lari laa..sekarang ni zaman moden la..parent akan terima ja pilihan anak dia..mana ada parent nak jodoh2kan anak dia lagi..
kita tak serasi..
kalau kau kata kau tak serasi napa kau couple dengan budak tu??? tu la kau...dulu sebelum couple kau tak nak perhati betul2 budak tu..kau nampak ja budak tu comel kau terus mintak couple..lepas tu kau sibuk la cakap tak serasi..lain kali kalau nak couple, kau ambil masa untuk kenal hati budi dia dulu..kalau dah couple baru kau nak kenal hati budi dia memang la kau buat kerja bodoh..buang masa..! setahu aku, ni la alasan yang paling ringkas untuk putuskan hubungan..kalau sebelah pihak saja rasa tak serasi mesti ada yang tak kena..lain la bila dua2 rasa tak serasi..memang wajib putus! bila kau jumpa orang lain yang lebih serasi memang la kau akan cakap kau tak serasi dengan couple kau tu..tapi agak2 la tak kan kau nak tinggalkan budak tu lepas tu terus couple dengan orang lain..mesti kawan2 kau akan pandang serong pada kau..
p/s: kalau nak putuskan hubungan, tak salah guna alasan macam kat atas tapi sebaik-baiknya kau jujur la dan buktikan alasan kau tu..kalau kau nak study, kau buktikan kau mampu dapat result baik..kalau kau cakap kau nak bantu family kau, kau tunjukkan apa yang kau dah bantu family kau tu..bukan dapat gaji baru sebulan kau dah cakap kau dah bantu family kau..kau tak kesian ke pada ex kau yang terima alasan kau tu..aku pasti budak tu akan tunggu kau sampai kau berjaya kelak..tapi bila kau couple dengan orang lain, aku sure dia akan bencikan kau!

Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari saya dan keluarga ^_^


Berakhirnya kerja aku masa cuti sem.. ^_^

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa..pejam celik dah tinggal 1 hari lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan dan Syawal pula bakal menjelma..yeayy RAYA!!! persiapan raya aku pada waktu ni boleh kata dah lengkap la..ala kadar ja..huhu
raya tu raya jugak tapi yang sedihnya semester baru pun akan start tak lama lagi..sekejabnya masa berlalu...4 bulan..hmmm

Selama cuti 4 bulan tu la aku dah buat macam2 kerja..nak cari duit poket la kononnya..hehh (bukan banyak mana pun..2 kerja ja pun..huhu). Banyak pengalaman yang aku dapat selama aku kerja n banyak jugaklah ragam manusia yang aku dapat tengok..ye lah dah nama pun kerja promoter mesti la kena berdepan dengan ramai orang..

Sales representative ( Celcom Broadband )

haa..ni kerja 1st aku masa aku start cuti sem..kerja dari p'tengahan bulan Mei sampai awal bulan Jun..memang bez la kerja ni coz ni la kerja yang paling rilex..haha datang kerja lewat pun xpa..rehat ikut suka..main hp boleh..online fb pun boleh..boleh kata bos tempat aku kerja 2 memang sporting la..rajin gak dia belanja kfc ngan pizza kat aku..kih3 keja kat situ kena cari customer..kalau dapat ramai customer banyak la gaji yang aku dapat..sebab tu la aku kadang2 kejar customer sampai pintu pasaraya..memang perasaan malu dah xda masa kerja situ..huhu


aku ngan dAk3 celcom..

Temporary promoter ( Parkson Ria )

ni pulak tempat lama aku kerja..dulu masa aku habis ja SPM ngan STPM aku dah banyak kali kerja kat sini..nak kata bez kerja kat sini 2 boleh laa..aku tak suka sangat peraturan kat parkson ni..(mcm peraturan sekolah!!) bawa handphone camera pun tak boleh..pakaian kena ikut etika..kena datang awal 15 minit..n macam2 lagi la..tekanan jugak masa kerja kat situ..tapi nak buat macam mana terpaksa la ikut..lagipun nak kerja kejab ja..tu pun sebab gaji sedap jugak la..dapat kak promoter pun baik tu yang tergerak hati jugak nak kerja situ..huhu semenjak kerja situ ramai kot aku jumpa orang yang aku kenal..maklumlah kerja dekat2 nak raya mesti la ramai yang datang shopping..tapi semua tu dah berakhir malam ni..aku dah BERHENTI!!! haha..ni semua raya punya pasal la..shopping raya xpuas lagi kot..hee~


ni masa kerja parkson.. ^_^

apapun aku anggap cuti sem selama 4 bulan ni aku dah guna sebaik-baiknya..sebab tu lah rasa sekejab masa berlalu..ni lah pengalaman terbaik aku yang aku ada..kepada kawan2 aku yang dah bahagia>>jaga diri elok2 k..hidup tak selalunya indah..happy sokmo! ^_^

Sunday, August 7, 2011

aku dan mereka



Assalamualaikum.. dan tidak t’lalu lewat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa bagi sahabat yg beragama Islam..penulisan pada kali ni agak santai disebabkan banyak kritikan dari sahabat2 yang mengatakan aku ni ‘minah jiwang’..asyik cinta..cinta dan cinta…mungkin mood cinta aku pun dah habis dan sekarang ni biarlah aku cerita mengenai sahabat..ya ‘mereka’ ialah sahabat terbaik aku..mereka ialah sha (Noor Aishah), mira (Nur ‘Amirah) dan kin (Nur Syuhada Asyikin)..
dipertemukan ketika sama2 belajar di tingkatan enam di sekolah yang sama..dari situ aku dan mereka mengenali antara satu sama lain..saban hari aku dan mereka melalui dunia sebagai pelajar..dari situ kami menjadi akrab dan hasil usaha kami, kami berempat dapat melanjutkan pelajaran di universiti..walaupun setiap daripada kami mendapat universiti yang berlainan, tetapi aku dan mereka tetap berhubung antara satu sama lain..setiap kali cuti semester, pasti aku dan mereka akan merancang untuk berjumpa..di sini aku titipkan kenangan2 di awal perkenalan sehingga kini antara aku dan mereka..cyunk kamoo <3
-
-
-
-
-
-
-
-
zaman sekolah>>>>> masa mula2 masuk form6, orang yang aku jmpa ialah Kin..masa tu aku baru nk daftar kat pejabat, almaklumlah aku masuk form6 lewat sikit gara2 tunggu tawaran maktab..(tapi....xdpt pun..lastly masuk form6..huk3) pastu t'nampak la Kin dengan kakak dia dalam pejabat..kakak dia la start tegur aku dulu..pastu aku ngan Kin pun b'kenalan..hee sweet sgt masa tu.. :) kami ambil kelas yang sama..






 
haa..ney la kawan aku, Kin...lawak la tgk pic zaman sekolah dulu..heee~

>>>>lepas ja daftar tu..kami pun masuk kelas..wahhh ramainya yang aku kenal...(kebanyakan budak kelas tu kawan2 sekolah lama aku dulu..) walaupun aku baru lagi dalam kelas 2 tapi aku dah pandai bawa diri sebab ramai kawan yang aku dah kenal..cuma...beberapa orang saja yang aku tak kenali...wahhh sombongnya minah dua orang ni.. (rujuk: Sha dan Mira). Minah dua orang ni mesti dulu sekolah ni juga sebab tengok mereka yang asyik busy ja..ntah la apa yang 'depa' buat..masa lower 6 memang aku tak rapat dengan minah2 ni..aku lebih rapat dengan kawan2 sekolah lama aku..


ney la minah2 sombong yang aku cakap tu..haha (gurau ja..jangan marah eh.. :) )
>>>>masa upper 6..aku mula rapat dengan Sha dan Mira..aku pun tak berapa ingat camna aku boleh rapat ngan 'depa'..dulu masa mula2 aku tengok 'depa' dua ni aku ingat 'depa' ney sombong, sopan, pemalu n macam2 lagi la..tapi bila dah rapat..nahaiii!!! perangai lebih kurang ja..haha aku ni jenis gila2 remaja sikit..boleh kata kami ney satu kepala laa..tu yang best sangat..:) kami b'tambah2 rapat bila hampir2 nak exam..masa tu kami saling tukar2 idea tentang subjek yang kami belajar..kebanyakan hubungan dengan kawan2 lain terputus a.k.a tak contact lepas tamat ja form6..tapi kami still berhubung sampai sekarang..kuar main bowling, tengok wayang, pergi berkelah, keluar makan sama2, beraya sama2 dan macam2 lagi la aktiviti yang kami buat..hee~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


pic ney masa kami p jamuan form6 di sebuah hotel..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


yang ney pulak masa g berkelah kat Candi Lembah Bujang..
lepas b'mandi2 kat situ baru la syok posing2 snap pic..heee~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
time ni kami konvoi raya p rumah cikgu kesayangan kami a.k.a cikgu Fatimah..
raya tahun ney apa cerrr???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
pic t'baru yg kami snap di Titi Semeling..
masa ney kami plan keluar main bowling dan makan2 di sini..

>>>>>kalau nak ikutkan banyak lagi pic aku b'sama mereka..tapi cukup la kot aku letak sikit2 dalam blog ni..nak tengok yang lain tengok dalam album kat FB ehh...apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat 'ampa' bertiga yang sudi jadi kawan aku..aku sayangg sangat kat ampa.. <3  <3 <3


"Moon, Sha, Mira, Kin"
:)

Saturday, June 11, 2011

Awak..saya minta maaf, saya tak boleh terima awak lagi..



Mungkin coretan saya ini buat awak terguris hati..
Saya harap awak tabah k..
Memang dulu kita pernah bersama kan awak..
Tapi sejak awak tinggalkan saya, rasa sayang tu dah makin berkurangan..
Saya dah tak dapat terima awak dalam hidup saya..
Maafkan saya awak..awak dan saya tak mungkin kembali macam dulu lagi..

Saya masih ingat di awal perkenalan awak dan saya..
Awak dapat no fon saya dari kawan awak yang juga kawan saya..
Awak cakap awak nak berkawan dengan saya..
Tapi pada mulanya saya tak layan kan awak..
Awak tetap nak berkawan dengan saya..
Akhirnya saya terima awak sebagai kawan saya..
Lama2 kita jadi semakin rapat kan awak..
Memandangkan rumah awak tidak jauh dari rumah saya..
Kita selalu berjumpa dan makan sama2..
Awak masih ingat tak semua tu???

Tapi kenapa tiba2 awak berubah..
Masa tu kita dah kawan dekat 5 bulan dah..
Tapi awak dah semakin jauhkan diri dari saya..
Mesej saya awak buat endah tak endah ja..
Awak cakap awak sibuk..
Tapi kenapa sebelum ney awak ok ja..
Tak ada pun perkataan sibuk dari awak..
Apa salah saya awak sampai awak berubah macam tu..
Awak langsung tak bagi peluang untuk saya perbaiki balik hubungan kita masa tu..
Akhirnya kata putus yang keluar dari mulut awak..
Masa tu awak dengar kan saya menangis dalam telefon..
Saya merayu kat awak jangan tinggalkan saya..
Tapi awak tetap berkeras nak tinggalkan saya..

Pada mulanya memang saya tak dapat terima awak tinggalkan saya..
Saya masih letak harapan untuk kembali pada awak..
Saya mesej awak..saya call awk..
Tapi awak dah tak layan saya kan..
Saya sedih sangat masa tu awak..
Akhirnya saya dapat lupakan awak sedikit demi sedikit..

Tapi kini kenapa awak kembali lagi bila hati saya dah betul2 lupakan awak..
Dah hampir 2 tahun awak tinggalkan saya..
Awak kembali nak berkawan dengan saya dan minta saya terima awak macam dulu..
Awak cakap awak masih sayangkan saya..
Awak selalu mesej dan call saya..
Saya mintak maaf kadang2 saya tak layan mesej dan call awak..
Saya nak awak tahu saya bukan lagi macam dulu..
Saya dah berubah awak..
Sedikit pun tiada lagi perasaan cinta terhadap awak..

Maafkan saya awak..saya tak dapat terima awak lagi..
Inilah jawapan bagi mesej terakhir yang awak bagi pada saya semalam..
Awak tanya saya sama ada saya masih sayang awak ke tidak..
Tapi saya tak balas pun kan awak..
Saya harap bila awak baca post saya ney awak akan paham..
Untuk pengetahuan awak saya dah punya cinta saya sendiri..
Dialah yang membuatkan saya melupakan awak untuk selama-lamanya..
Maafkan saya awak..
Saya harap awak dapat cari perempuan yang baik untuk diri awak..
Saya tak mungkin lagi kembali pada awak..
Maaf..saya tak dapat terima awak lagi…..

Friday, March 25, 2011

MANUSIA AKAN BERUBAH

Manusia bila-bila masa boleh berubah…
26 Mac 2011  11.53am…………………..

Alhamdulillah baru saja selesai ujian praktikal utk senamrobik…minggu depan ada ujian praktikal lagi untuk group…chaiyok2!! Msti berusaha sebaik mungkin!! hee~

Mungkin agak lega sebab hampir suma asgment sudah dihantar..juz tinggal 2 asgment ja lg yg belum langsai..(alaa…1 malam ja bleh ciapkan..ngeh3)..keboringan yg melanda diriku saat ini m’buatkan jari-jemariku terasa gatal utk menaip something..n ney la hasilnya…kikiki

Housemate aku masing2 dengan lembu-lembu mereka…( main game super cow)..xlayan la aku dgn game camtu..buang masa!!kah3 ( padahal teringin nk main tp suma housemate aku dh b’pakat xnk bagi game 2 kat aku gara2 panggil diorang lembu..kiki padan muka aku! ). Ampa jahat!! Xpa2 aku main game super Mario lg bez..xnk bagi kat ampa..wekkk :P


haa...ney la lembu diorang...kiki
lembu>mana tuan2 aku haa???

Uihhh…dah lari dari tajuk ney cik moon oiii..tajuk xbleh blah tp tiba2 masuk pasal lembu lak..haha Ok2..berbalik kepada tajuk di atas..( ciss..mcm nk wat karangan cam kat skul dulu ja..haha) aku yakin setiap manusia akan berubah..walaupun sesaat manusia boleh berubah dalam sekelip mata..(sumber: indah tiramisu) so jgn lah harap selepas kita melakukan sesuatu kepada seseorang tu dia akan still macam 2..automatically dia akan berubah sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya..(sumber: adda muda).

Kadang-kadang kita terlepas cakap pun dh ada yg terasa..kadang2 kita bergurau pun ada ati yg kecik..(ehh..kecik ati..ngeh3  so bila b’kawan ngan aku jgn lah terasa ke apa ke sbb aku mmg jenis suka bergurau.. huhu) aku tulis post ney pun bkn suka2 tp sebab aku rasa ada something yg dh berubah dlm diri aku..apakah itu??? Jeng3…hee~

Kalau minggu lepas aku bersedih sbb masalah yg agak personal..tp minggu ney xlg..(haaa…berubah kan..haha) aku bersedih sbb ada yg dh melukakan ati aku..lantak lah..malas dh aku nk pikir..!! apa yg t’jadi minggu lepas aku dh lupakan n aku jadikan itu sbgai ujian dr Allah swt..xada manusia yg t’kecuali utk menerima ujian dr Allah swt…(t’masuklah final exam yg akan b’mula 16 April nnt..huu tatottt!!!).

So di sini aku nk bagitaw jgn la t’lalu b’sedih sgt lps apa yg t’jadi..di situ ketabahan amat di perlukan..(sumber: aten maripossa) berubah la apa yg perlu..perubahan ke arah kebaikan itu menjadikan kita lebih matang dan dekat dgn Allah swt..jgn lah kita berubah mengikut hawa nafsu..sebab kejahatan 2 sumanya datangnya dari syaitan..(sumber: Nurul akidah).

Kadang-kadang aku t’pikir jgak..umur aku dh 21 tp peragai mcm budak2..camna la nk jd bini org..kah3.. nk jd mak budak lg la..xpasal nnt anak 2 lak yg pelik tgk mak dya yg peragai buruk benor ney..kih3 mungkin perubahan 2 xleh wat secara drastic tp perlukan masa utk melakukannya..so yang mana2 peragai huduh lg 2 cepat2 la berubah eh..masa xtunggu kita tp kta yg m’gunakan masa 2..(sumber: nurul huda).

Setakat sini ja dulu..mata aku dh layu sebab disuruh tido..nk dapat pahala sunat la katakan..ngeh3 housemate aku pun dh pakat tido..lembu diorang penat dh kot agaknya..hahaha..jab3..aku nk wat perumpamaan dulu…berubahlah demi masa……..:)


Bibliografi:
Sumber2 di atas dipetik dari housemate aku yg tercayang..walaupun diorang xpernah cakap begitu..ngeh3

Sunday, March 20, 2011

Pergilah...

Mungkin hanya kesedihan yang aku rasa waktu ini…hanya di sini saja yang dapat aku luah sumanya..tiada tempat lg yg aku mahu mengadu…sumanya dh xseperti dulu….

Perkenalan itu hanya satu persinggahan…yaa..kita akan meninggalkan suma yg kita cinta satu hari nnt..hanya Allah sahaja cinta abadi buat kita…walaupun perkenalan itu hanya sebentar namun meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri kita…

Tiada apa yg perlu difikirkan, diharapkan, dinantikan lagi jika apa yang kita lakukan itu hanyalah sia-sia…buat apa kita perlu bersedih dgn perpisahan itu jika dia pergi untuk mencari kebahagiaannya sendiri..biarlah dia mencari teman hidup yg terbaik buat dirinya..mungkin saja kita bukan terbaik buat dirinya..

Suma yang berlaku mungkin ada hikmahnya..dan mengajar kita lebih matang dalam mengenali seseorang…tidak perlu mengejar kesempurnaan jika diri tidak sempurna…mungkin saja Allah ingin menemukan kita dengan insan yang lebih baik..siapa tahu??

Ada baiknya jika aku lupakan suma yang berlaku..anggap saja tiada jodoh antara kita..pergilah kepada yang lebih sempurna di matamu…aku tiada apa-apa yang difikirkan terbaik untuk dijadikan suri dalam hidupmu…hanyalah manusia biasa yang xdapat lari dari kesilapan..

Pergilah..aku xmahu bersedih lg memikirkan dirimu…kau  masih boleh bergembira sedangkan aku setiap masa bersedih memikirkan apa yg terjadi…aku tidak menyesal mengenalimu tetapi membuatkan aku lebih berhati-hati kelak..biarlah cinta itu datang sendiri..jgn kita nanti-nantikannya ..kerana itu satu yang menyakitkan..

Saturday, January 1, 2011

Malu Seorang Wanita


Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi...

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan
hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.