Wednesday, December 22, 2010

Wahai Adam....dengarlah rintihan Hawa......


Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa tidak mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah
dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik
aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang
dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu
yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada
kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi
seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai
mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum
Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering
aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke
dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri .
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam...seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu....jauh sekali niatku untuk membuat kau
keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi...Percayalah!!!....bukan emas kucari...bukan berlian yg kupinta....tetapi...hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari HAWA...

Tuesday, December 21, 2010

B@c@L@H W@H@i MU$LiMat $eJ@Ti

10 Sebab wanita disiksa di akhirat

Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W,
Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, mengapa Rasulullah menangis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan
kala jengking

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti
hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan
para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "Wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :

1• Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

2• Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti
suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah
SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."

Dari Uthman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun diaberpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

3• Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

4• Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas
besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

5• Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang
lain.

6• Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang
ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7• Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala
jengking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

8• Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka
sangat berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa:"Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian
dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya
Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya,
sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya.

Renungan kisah lelaki & wanita.. :)


..................kisah lelaki & wanita.........................
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITAtersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
….
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat….
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??