Sunday, September 11, 2011

buAt jOdOhkU ^_^



Ke hadapan jodohku yang dikasihi..
Aku mungkin lagi tercari2 siapa kamu , di mana kamu dan bagaimana keadaan kamu  sekarang..
Tetapi aku dapat merasakan yang kamu ialah seorang hamba Allah yang beriman, selalu bersujud menyembah Allah dan kamu sangat bersyukur atas kurniaan-Nya..
Aku tidak berharap rupa kamu yang kacak tetapi aku sangat berharap rupa kamu itu selalu dibersihkan dengan wuduk..
Aku juga tidak berharap kamu seorang yang kaya tetapi aku sangat berharap kamu kaya dari segi akhlak dan kasih sayang..
Sesungguhnya aku tahu rupa dan harta itu hanyalah sementara ketika hidup di dunia..

Jodohku yang selalu diredhai,
Aku akui yang aku tidaklah sebaik isteri2 Nabi dan mungkin begitu banyak kekurangan yang ada dalam diri aku..
Sebab itulah aku ingin kamu bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah..
Menjadi isteri yang soleh dan menjadi ibu yang baik untuk anak2 kita nanti..
Aku tidak mahu menjadi isteri yang derhaka kepada suami dan aku juga tidak mahu menjadi seorang ibu yang zalim kepada anak2..

Jodohku yang selalu dicintai,
Ketahuilah bahawa aku selalu mengimpikan sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang..
Aku juga mengimpikan kamu selalu meluangkan masa bersama aku dan anak2..
Mendidik aku dan anak2 menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..
Sesungguhnya aku tidak mahu kamu terlalu sibuk mengejar harta duniawi..

Jodohku yang selalu disayangi,
Tiada manusia yang dapat lari dari kesilapan dan semua manusia mempunyai kekurangan tersendiri..
InsyaAllah jika benar kamu jodoh aku, aku akan bersedia memaafkan kesilapan dan menerima segala kekurangan kamu..
Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan aku percaya Allah juga sentiasa memaafkan hamba-Nya..

Akhir sekali buat jodohku,
Aku sangat berharap kamu dapat menggalas tanggungjawab sesudah kamu melamarku kelak..
Jadilah seorang suami yang dapat melindungi isteri dan jadilah wira kepada anak2..
Sesungguhnya aku takut menghadapi semuanya seorang diri kelak..

Ikhlas dari,
Munirah bt Abu Bakar

No comments:

Post a Comment