Sunday, September 11, 2011

buAt jOdOhkU ^_^



Ke hadapan jodohku yang dikasihi..
Aku mungkin lagi tercari2 siapa kamu , di mana kamu dan bagaimana keadaan kamu  sekarang..
Tetapi aku dapat merasakan yang kamu ialah seorang hamba Allah yang beriman, selalu bersujud menyembah Allah dan kamu sangat bersyukur atas kurniaan-Nya..
Aku tidak berharap rupa kamu yang kacak tetapi aku sangat berharap rupa kamu itu selalu dibersihkan dengan wuduk..
Aku juga tidak berharap kamu seorang yang kaya tetapi aku sangat berharap kamu kaya dari segi akhlak dan kasih sayang..
Sesungguhnya aku tahu rupa dan harta itu hanyalah sementara ketika hidup di dunia..

Jodohku yang selalu diredhai,
Aku akui yang aku tidaklah sebaik isteri2 Nabi dan mungkin begitu banyak kekurangan yang ada dalam diri aku..
Sebab itulah aku ingin kamu bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah..
Menjadi isteri yang soleh dan menjadi ibu yang baik untuk anak2 kita nanti..
Aku tidak mahu menjadi isteri yang derhaka kepada suami dan aku juga tidak mahu menjadi seorang ibu yang zalim kepada anak2..

Jodohku yang selalu dicintai,
Ketahuilah bahawa aku selalu mengimpikan sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang..
Aku juga mengimpikan kamu selalu meluangkan masa bersama aku dan anak2..
Mendidik aku dan anak2 menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..
Sesungguhnya aku tidak mahu kamu terlalu sibuk mengejar harta duniawi..

Jodohku yang selalu disayangi,
Tiada manusia yang dapat lari dari kesilapan dan semua manusia mempunyai kekurangan tersendiri..
InsyaAllah jika benar kamu jodoh aku, aku akan bersedia memaafkan kesilapan dan menerima segala kekurangan kamu..
Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan aku percaya Allah juga sentiasa memaafkan hamba-Nya..

Akhir sekali buat jodohku,
Aku sangat berharap kamu dapat menggalas tanggungjawab sesudah kamu melamarku kelak..
Jadilah seorang suami yang dapat melindungi isteri dan jadilah wira kepada anak2..
Sesungguhnya aku takut menghadapi semuanya seorang diri kelak..

Ikhlas dari,
Munirah bt Abu Bakar

Sunday, September 4, 2011

Alasan yang sering digunakan untuk putuskan hubungan????

saya perlu tumpukan pelajaran dahulu..
Kalau bagi alasan camni sah seorang yang masih lagi study..dah selalu aku dengar la alasan ni…bila tanya ja kawan2 yang putus cintan time sekolah dulu ni la alasan dia..nak tumpu study la sangat tapi dulu time syok kat budak tu kau xpikir lak nak study..memang la bagus kalau kau dah sedar yang kau tu dah ketinggalan dalam pelajaran..tapi jangan la sampai kau guna alasan tu sebab kau dah ada orang len..tak ke bodoh namanya..kalau budak tu terima alasan kau tu kira bagus la sebab dia nak bagi kau pandai..bila exam dapat result gempak..tapi yang aku paling sakit ati!! Awat la hang couple dengan orang lain bila budak tu dah berkorban untuk tinggalkan hang! (tudiaa..kedah mariii)..kalau kau rasa sejak kau couple tu kau susah nak study (ya la dh sambil study kau main mesej lepas tu nak study sama2 n berdua2..boleh paham ke???) kau cakap la kat budak tu yang kau tak boleh nak tumpu pada pelajaran..sure dia paham..silap2 budak tu yang bagi ruang untuk kau tinggalkan dia..kalau dia tak paham2 jugak kau buat bodoh ja kat budak tu..pikir pelajaran kau lagi bagus kan..
saya nak bantu family saya dulu..
alasan yang selalu digunakan oleh orang yang ada matlamat hidup la kononnya..aku tak kata la alasan ni kejam tapi guna la alasan yang logik sikit..kalau kau tu anak sulong dalam family memang aku caya la kau nak bantu parent  dengan adik2 kau tapi kalau kau tu anak bongsu lepas tu dari family senang, logik ke??? silap2 parent kau yang bantu kau..bila kau couple lepas tu kau guna alasan ni untuk tinggalkan budak tu..tak kesian ke kau dah hancurkan hati dia..kalau budak tu boleh terima alasan kau tu memang aku respect kat budak yang kau tinggal tu..sekurang2nya dia paham kau dan dia bagi ruang untuk kau bantu family kau dulu..tapi aku paling benci kalau kau gunakan alasan nak bantu family  kau tu semata2 kau nak cari orang lain..kau tinggalkan budak tu lepas tu kau couple pulak dengan orang lain..tak ke bangang namanya! tak payah la kau nak bagi alasan yang berbunga2 ni kalau kau dah tak suka budak tu..kau terus terang ja kau dah tak suka budak tu daripada kau bagi alasan macam tu lepas tu selang dua tiga bulan kau couple dengan orang lain pulak..lagi la menyakitkan hati..!
family saya tak boleh terima hubungan kita..
wahhh..dasyatnya bila family kau masuk campur pasal hubungan kau..tapi diorang kenal ke budak yang kau kawan tu??? kalau tak kenal dan tak pernah jumpa..sah la kau ni penipu! bukan aku nak kata la kalau hubungan ni dah ada sangkut-paut dengan family memang kau kena berdoa la moga2 family dia boleh terima kau..tapi kalau tak..memang susah nak cakap la..kalau kau sayang nak tinggal budak tu jawabnya kahwin lari laa..sekarang ni zaman moden la..parent akan terima ja pilihan anak dia..mana ada parent nak jodoh2kan anak dia lagi..
kita tak serasi..
kalau kau kata kau tak serasi napa kau couple dengan budak tu??? tu la kau...dulu sebelum couple kau tak nak perhati betul2 budak tu..kau nampak ja budak tu comel kau terus mintak couple..lepas tu kau sibuk la cakap tak serasi..lain kali kalau nak couple, kau ambil masa untuk kenal hati budi dia dulu..kalau dah couple baru kau nak kenal hati budi dia memang la kau buat kerja bodoh..buang masa..! setahu aku, ni la alasan yang paling ringkas untuk putuskan hubungan..kalau sebelah pihak saja rasa tak serasi mesti ada yang tak kena..lain la bila dua2 rasa tak serasi..memang wajib putus! bila kau jumpa orang lain yang lebih serasi memang la kau akan cakap kau tak serasi dengan couple kau tu..tapi agak2 la tak kan kau nak tinggalkan budak tu lepas tu terus couple dengan orang lain..mesti kawan2 kau akan pandang serong pada kau..
p/s: kalau nak putuskan hubungan, tak salah guna alasan macam kat atas tapi sebaik-baiknya kau jujur la dan buktikan alasan kau tu..kalau kau nak study, kau buktikan kau mampu dapat result baik..kalau kau cakap kau nak bantu family kau, kau tunjukkan apa yang kau dah bantu family kau tu..bukan dapat gaji baru sebulan kau dah cakap kau dah bantu family kau..kau tak kesian ke pada ex kau yang terima alasan kau tu..aku pasti budak tu akan tunggu kau sampai kau berjaya kelak..tapi bila kau couple dengan orang lain, aku sure dia akan bencikan kau!