Monday, October 24, 2011

AkU pErLuKaN KaSiH sAyAnG iTu

Kasih sayang Allah swt…



Aku akui hidup manusia tidaklah selalu sempurna..kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Aku tahu itu semua ujian dari Allah swt..Allah mahu kita selalu mengingati-Nya dalam setiap keadaan sama ada suka atau duka..tapi apa yang aku lihat hari ini..bila kita bahagia dengan apa yang kita ada, kita mula lupakan-Nya. Sama ada kita sedar atau tidak sedar, kita mula tidak memikirkan soal wajib dan soal halal haram. Tidak salah jika aku menyatakan umat pada hari ini makin jauh tersasar dari suruhan Allah swt dan ajaran Nabi Muhammad saw..kita tidak terfikir bahawa tindak-tanduk kita pada hari ini semakin menyesatkan sama ada dari segi pergaulan, dari segi pakaian dan dari segi perbuatan..jika dilihat pada hari ini, pergaulan antara kaum hawa dan kaum adam makin memesongkan..kaum hawa tiada lagi sifat malu dan kaum adam mula mengejar nafsu..dari segi pakaian pula, aurat itu semakin dimain-mainkan oleh kaum hawa ..tidakkah kita sedar bahawa fesyen pada hari ini semakin menyesatkan.?? niat bertudung itu memanglah wajib bagi Islam tapi bertudung biarlah dengan cara yang betul dan janganlah bertudung itu semata-mata ingin mengikut peredaran zaman dan berfesyen.

Sebenarnya, kita sudah semakin jauh dengan kasih sayang Allah swt..sebab itu kita langsung tidak terdetik untuk berubah ke arah kebaikan..kita semakin mengagung-agungkan kehidupan yang tidak mengikut syariat Islam, kita semakin lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Tidak terfikirkah kita bahawa Allah sengaja mahu menguji hambanya?? Allah sengaja membiarkan kita hidup dengan rentak hidup kita masing-masing sama ada kita mahu mengikut suruhan-Nya atau tidak..dan apa yang perlu diingatkan ialah jangan biarkan syaitan menguasai kehidupan kita pada hari ini kerana kita sendiri tahu bahawa syaitan laknatullah itu telah berjanji mahu menyesatkan anak-anak adam. Apa yang berlaku pada hari ini ialah penyesatan yang berjaya dilakukan oleh syaitan dan sekutunya.

Beringatlah bahawa hidup kita tidak kekal abadi..kita tetap akan berhadapan dengan-Nya suatu hari nanti. Anggaplah dunia ini hanyalah pentas lakonan kita..kita yang memegang watak sama ada baik atau jahat. Sudah sampai masanya nanti, kita juga akan dikritik oleh Allah dan malaikat. Janganlah terlalu angkuh dengan apa yang kita ada kerana semuanya adalah milik Allah swt.


Kasih sayang ibu bapa..



Anak merupakan anugerah yang paling berharga dari Allah swt kepada ibu bapa. Setiap pasangan yang berkahwin pasti menantikan saat menimbang cahaya mata bagi mengukuhkan masjid yang dibina..dibelai, diasuh, dididik untuk menjadi manusia yang sempurna..tetapi pada hari ini, kita semakin hilang dengan kaharmonian yang ingin dibina itu..berita-berita pada hari ini banyak mengisahkan anak derhaka, ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua-tua dan yang terbaru, anak membunuh ibu bapanya sendiri. kenapa perkara sebegini berlaku pada hari ini.??? salahkah ibu bapa kita mengajar kita selama ini.??

Kandungkan kita selama 9 bulan bukanlah sesuatu yang mudah..semua ibu yang mengandung itu pasti menginginkan anak yang dikandung itu seorang yang sempurna..tiada ibu yang mahu anak yang dikandung itu menjadi seorang anak yang derhaka dan seorang pembunuh. Apa yang dilihat pada hari ini, anak-anak mula mengabaikan ibu bapa masing-masing..apabila mereka berkahwin, mereka lebih mengutamakan pasangan masing-masing dan ibu bapa mereka semakin jauh ditinggalkan..pastinya jauh di sudut hati ibu bapanya tersimpan  seribu luka kerana anak yang ditantang bagai minyak yang penuh tidak lagi mengambil berat tentang diri mereka. Memanglah ibu bapa kita tidak merungut dengan apa yang kita lakukan tetapi sebagai anak, kita mesti sedar tanpa mereka kita pasti tiada di dunia pada hari ini.

Perolehlah kasih sayang mereka dengan selalu mendokan kesejahteraan mereka dan selalulah mengambil berat dan bertanyakan khabar..jangan sampai kita kehilangan mereka baru kita menyesal kerana tidak membalas kembali kasih sayang yang mereka curahkan pada kita sejak kecil. Kita mungkin menganggap dengan memberi wang itu dapat membahagiakan mereka tetapi kita tidak tahu sama ada mereka bahagia atau tidak dengan cara itu. Mungkin mereka menginginkan perhatian dari anak-anak di usia senja mereka. Selagi mereka hidup, balaslah jasa mereka dengan sedaya upaya..kelak bila mereka pergi, tiada lagi yang dapat ditatap selain dari pusara mereka.


Kasih sayang seorang hamba Allah swt…



Kita selalu terfikir di manakah jodoh yang ditetapkan Allah kepada kita dan kita tercari-cari jodoh itu sehingga kita tersalah pilih. Sememangnya Allah swt telah menetapkan jodoh hamba-hambanya dan Allah juga sengaja membiarkan kita berikhtiar dalam mencari pasangan hidup. Tanamkan dalam hati bahawa setiap manusia ada jodohnya dan kita tidak pelu mengejar cinta itu kerana ia mungkin menyesatkan kita. Jika dilihat pada zaman ini, b’couple sudah menjadi budaya masyarakat hari ini. Tidak salah dalam berkasih-sayang tapi biarlah berpada-pada.

Apabila kita berkawan dengan seseorang, jangan sesekali membelakangi Allah swt kerana jika Allah tidak redha maka hubungan itu pasti tidak akan kekal lama. Jangan terlalu membiarkan nafsu menguasai sesuatu perhubungan kerana syaitan itu selalu ada untuk menyesatkan kita. Sebaik-baiknya, berkawanlah dengan cara yang betul dan selalu berdoa kita dapat bertemu jodoh yang betul.

Oleh itu, kita tidak patut memberi harapan kepada orang yang belum tentu jodoh kita. Jika kita sukakan seseorang, mulalah dengan solat istiqarah dan seterusnya berdoalah supaya dapat dijodohkan dengannya. Tiba waktunya nanti, lamarlah dia menjadi pasangan hidupmu. Tidak perlulah berkawan terlalu intim kerana ia boleh membawa kepada zina. Sesungguhnya cinta itu akan tetap pergi meninggalkan kita.

No comments:

Post a Comment